Monday, November 28, 2016

Ilmu

Hari ini saya ke Kuantan. Mengisi waktu menghadiri mesyuarat dan menikmati keindahan alam. Sebetulnya, sudah begitu lama saya tidak ke sini. Gunakan GPS pun terasa sangat huru-hara. Pening..hahahaa. Syukur,  cuacanya baik tidak berapa panas dengan pemandu-pemandu yang sangat berhemah - sambil memandu sambil senyum2. Sampai lenguh saya mengikutinya. Entah berapa kalilah kempen pemanduan berhemah mereka hadamkan di dalam akal supaya tidak bermain telefon ketika memandu.

Semalam hari lahir seorang rakan dan saya telah mengirimkan mesej tertutup kepadanya. Dan Jawapannya.. dia rindukan saya ketika berada di institusi lama. Saya cuma mampu tersenyum tetapi tidak membalasnya. Saya tahu, saya tidak akan pernah ada peluang untuk kembali ke sana.

Beberapa hari sebelumnya ketika saya membaca email. Ada satu ingatan daripada pentadbiran berkenaan penerimaan barang. Seperti mamai saya berfikir adakah saya membuat pembelian online-rasanya seperti tiada. Dalam kekalutan kerja yang datang bertimpa-timpa saya terlupa dan petang itu seseorang telah menyerahkannya kepada saya. Sebaik saya melihat pengirimnya yang tidak bernama.. saya tersenyum juga. Kiriman daripada adik saya yang sangat tidak dijangka kerana sebelum itu saya bergurau tentang pengiriman barang melalui icon WA sahaja. Betapa teruknya saya - kesibukan ini hampir membuat saya hilang nilai manusia. Mungkin sedikit masa lagi semuanya akan baik dan saya boleh punya lebih rasa - menikmati hidangan teh, bercakap tentang nilai hidup dan manusia pada satu petang yang tenang dengan bauan haruman bunga daripada tumbuhan taman yang ada, Seperti tidak sabar menunggu waktu itu tiba.

Image result for hope images
Berada di tempat baru dengan tiada sesiapa membuat hidup saya huru-hara. Lebih sadis lagi saya dilihat sebagai orang luar yang cuba merubah suasana yang telahpun selesa mengikut perkiraan mereka. Dengan pengalaman yang saya ada, saya merasakan banyak  lagi pembaharuan dan kejayaan yang patut dicapai supaya bersesuaian dengan nama institusi itu sendiri. Pada saya, tugas utama saya adalah sebagai pembimbing bukan penilai yang hanya memberi markah. Saya  ingin menyediakan mereka menjadi pemimpin berpengetahuan dengan berkongsi semua ilmu yang saya ada hasil daripada didikan pengarah-pengarah berwibawa sewaktu perkhidmatan saya seusia mereka. Seorang pengarah pernah berpesan " apa yang saya lakukan hari ini akan menjadi ikutan dan membentuk pemimpin masa hadapan". Oleh itu, walau apapun berlaku . .. saya akan berada di landasan yang betul.

Bagi setengah orang kenaikan gred adalah kerana rezeki tetapi saya berpendapat ia mesti disertai pengetahuan dan pengalaman supaya tidak memalukan diri sendiri dan dimalukan kerana kecetekan ilmu membuat pertimbangan yang menyebabkan berbagai-bagai kerosakan.

Untuk semua yang selalu mendoakan saya.. terima kasih yang tidak terhingga. Kiriman tersebut sekalipun tidak dinyatakan adalah sumber kekuatan untuk saya terus bertahan. Saya memang tidak bercakap tetapi saya sangat menghargainya. 

Thursday, February 11, 2016

Duit, Pangkat dan Ilmu

Dalam hidup ini..kita akan selalu di kelilingi 3 perkara ini. Samaada ketiga-tiganya kita miliki atau orang lain yang punya. Saya selalu melihat jika kita memiliki salah satu daripadanyapun sudah dikira amat bertuah. Kita patut menghargai sebaiknya pinjaman tersebut.

Tetapi selalunya yang berlaku ialah bila kita punya duit, kita fikir kita dpt membeli segala. Kita lupa walaupun kita dpt membeli kegembiraan tetapi tidak sama dengan kebahagiaan. Bila kita punya pangkat, kita lupa apa yg sepatutnya kita buat krn semua orang akan ikut apa yg kita ckp dgn terpaksa. Bila punya ilmu pula kita rasa dunia sudah dihujung jari shj. Kita langsung tdk terfikir untuk cuba memahami masalah org lain krn kita merujuk kpd kecekapan kita menguruskan masa mempelajari segalanya.

Seringkali juga sy 'dibahan' rakan-rakan krn memaafkan sj setiap kesilapan yg berlaku ke atas sy. Sy katakan kpd mereka... 1)Tdk ada kebaikan utk memarahi org dgn memaki hamun dan sebagainya krn apa yg terkeluar dr mulut kita waktu marah mmg tdk boleh ditarik balik. 2) Maki hamun tersebut selalunya melukakan dan bila baikpun ttp akan berparut - ingatan tu kekal selamanya. 

Oleh yg demikian.. sy lebih rela utk berpecah mulut atau demam panas menanggung kemarahan dari sy mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa. Sy mmg bukan baik tp sy cuba utk menjaga hati semua. Mungkin sbb itu sy senang berckp dgn org yg pendiam yg tdk berkata-kata krn kadangkala yg pandai berckp mmg hanya pandai berckp sj. 

Hidup di dunia ini mmg penat.. semoga Allah merahmati sy utk berehat di akhirat. Aamiin. Doakan yg baik-baik utk sy ye.

Friday, January 29, 2016

Tidak Sihat.

Sudah lama tidak berjumpa.. sibuk mengurus dunia. Sgt sarcastic kan.. Sejak perpindahan bln Jun lepas..mmg sgt sibuk.. mengadaptasi suasana dan nilai kemanusiaan di sini. Semuanya terasa asing dan janggal. Setiap semester diberi modul baru dan dikekalkan hanya satu modul lama mengikut kepakaran yg ada... Setiap semester bertambah tugas baru. Hurmm... orang baru bagi tugas-tugas baru dari masa ke semasa. Seperti tidak ada ruang menarik nafas lega.

Untuk itu, sy spt tdk sihat sentiasa.. tdk terurus dgn hidup yg ada. Tidak dpt lg mencari gembira... Mungkin masih baru.. sy perlu berusaha mencari gembira yg bersisa.... mereka kata berilah sedikit lg masa..pasti gembira itu akan hadir juga. Mungkin betul sementara sy hadir menjalankan tanggungjawab dan amanah  shj. Sy akan bertahan sebaiknya dan sekuat2nya. Doakan yg terbaik buat sy. Terima Kasih.

Tuesday, September 15, 2015

Kursus Kesukaan Sy.

Seminggu yg lepas agak penat berulang-alik kursus tp xde bezapun dgn jarak berulang-alik ke tempat kerja. Cuma bila menghala ke utara ni xde jem tp hala ke bandaraya mmg sah2lah beratur dengan panjangnya. Kebas2 jugalah kaki tangan. Rasa cam nak bersila je dalam kereta.. Hahaha...

Kursus yg sy pergi ini berkaitan penggunaan  software utk hacking mobile n networking. Mmg sangat menarik dan sy sangat suka. Hilang letih travel setiap hari. Sepanjang 5 hari di sana, byk juga yg sy belajar. Sy terserempak juga dgn xstudent yg menegur dan bertanya khabar sy. Bln 10 nanti akan ada satu lg kursus hacking, harap sy akan terpilih juga.

Tapi bila belajar banyak2 ni..semakin takut pula saya... seperti sekarang tiada yg boleh dikategorikan rahsia. Apa sj boleh dibuka. Oleh yg demikian, hati2lsh menyimpan password semua.


Monday, July 6, 2015

Meroyan Durian

Bunyinya macam pelikkan? Ceritanya begini ..beberapa hari sebelum puasa, sy sedang berada di ofis bila secara tiba-tiba bauan durian begitu kuat menusuk hingga ke jantung sy. Kebetulannya memang musim durian sekarang ni. Balik rumah, sy cari tuperware kedap udara yang paling besar dan membersihkannya. Tau untuk apa tuperware tu.. sy nak beli durian dan bawa balik isinya sahaja. Sy pening kalau bau durian di dalam kereta.. mkn sampai x ingat dunia tidak pening pula ..hahaha ;)

Dulu.. sewaktu sy kecil.. di kampung, keliling rumah adalah pokok durian. Kebiasaannya bila tiba musim.. sekali makan sy akan mengadap 3 biji. Sy suka durian.. terutamanya isi putih berkulit hijau dan duri yang tajam. Sy kurang menyukai durian tembaga tetapi boleh sj mengadapnya. Durian kunyit juga merupakan salah satu daripada kegemaran saya. Kalau musim durian tiba, sedang sy berpuasa mata tidak membelinya.. rasa spt meroyan dengan perasaan tdk tentu hala.

Hmm.. sedapnya durian.. baunya,rasanya.. buat sy gila!!!


Tuesday, May 26, 2015

Tiga Kegembiraan :)

Saya fikir tahun ini merupakan tahun paling bertuah bagi saya. Banyak perkara yang berlaku.. yang membuat saya sentiasa tersenyum bila mengingatinya. Antara yang menarik bermula minggu lepas bilamana saya disenaraikan sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam kategori saya bagi seluruh Malaysia. Sementara pada minggu ini pula saya menerima berita kenaikan gred dengan pemilihan 2 jawatan berpangkat tinggi di dalam sistem pengurusan. Bagaimanapun saya menolak kedua jawatan tersebut dan memilih untuk menjadi pensyarah sahaja. Saya bertawakal kerana mungkin penolakan jawatan akan menyebabkan saya hilang peluang kenaikan gred. Sekali lagi saya bersyukur kerana saya bukan saja dinaikkan gred tetapi dihantar ke tempat yang saya pilih. Alhamdulillah...

Tentu saja saya akan berasa sedih dan kehilangan  kerana KKHS dan seluruh memorinya telah bersama saya selama 13 tahun tetapi saya juga berasa teruja untuk melihat persekitaran yang baru... mengembangkan bakat2 yang lain selain membaikpulih komputer dan laptop. Saya diberitahu tempat bertugas baru saya telah bersedia  menunggu. Berdebar-debar rasanya untuk memegang modul baru yang telah ditinggalkan berbelas-belas tahun tetapi saya sangat optimis. Kesusahan mempelajari modul baru sambil mengajar adalah untuk kali pertama sahaja. Saya akan cepat belajar dan melaluinya dengan tabah. Saya sangat perlukan doa dari semua. Doakan yang baik-baik untuk saya.

Sesetengah daripada kawan-kawan saya telahpun mengucap selamat untuk saya dgn pelukan yang hangat dan linangan airmata. Sedih juga rasanya untuk pergi dan meninggalkan mereka. Saya cuma mampu katakan saya bukannya ke mana kita masih boleh berjumpa untuk kolaborasi dsb. Hari ini juga saya menerima pesanan.. ada sepotong cake untuk saya. Banyak juga kirimannya dan kawan-kawan yang lain untuk saya sebelum-sebelum ni. Walaupun perkara kiriman makanan ini kecil dan seperti tidak ada apa-apa tapi saya sangat menghargainya. Ingatan pada saya dan kegemaran saya itu yg terkesan di hati sebenarnya. Jamuan perpisahan saya dan kawan-kawan akan dibuat pada minggu hadapan. Rasanya seperti tidak mahu hadir saya bimbang saya menangis dengan lebih teruk hingga bengkak-bengkak mata. Doa saya semoga KKHS akan sentiasa cemerlang. Mana tahu selepas 4 tahun nanti saya akan kembali di sini semula :)

Wednesday, April 22, 2015

Beras Sekampit Nan Terburai

Setiap pagi saya melalui jalan yang dikelilingi lombong dan bukit-bukau. Suasananya sangat tenang. Separuh daripada perjalanan ke tempat kerja saya akan melalui tempat tersebut sebelum masuk ke jalan besar. Di jalan besar pula, kiri dan kanannya adalah kawasan kampung.

Satu pagi saya melalui jalan tersebut dan menyedari ada sesuatu yang sudah terburai di bahu jalanraya jalan besar.  Saya sebenarnya  tidak perasan yang plastik terburai itu adalah kampit beras sehinggalah saya sampai di pejabat. Itupun ketika saya membantu seorang kawan mengangkat kampit beras 10kg untuk diagihkan kepada sekolah tahfiz. Saya memandang kampit beras tersebut dan teringat kampit terburai di tepi jalan pagi tadi. Saya beritahu kawan saya perkara tersebut.

Saya andaikan kampit beras tersebut dibeli dengan menaiki samaada motor atau basikal kerana jatuh terburai. Saya pandang muka kawan saya sambil berkata, "Cuba bayangkan jika yang membeli beras tu hanya berbasikal atau ada motor sahaja.. kesiannn". Kawan saya hanya mampu menggelengkan  kepala.. tanda setuju dan faham maksud saya. Hurmm...saya memang faham rasa susah tu bagaimana :(

Pada suatu waktu yang lain, saya melihat beberapa orang duduk berkumpul dan berbual-bual tentang kenaikan harga barang. Tentang kesusahan-kesusahan orang dan betapa simpatinya mereka terhadap perubahan kewangan selain berharap segala bentuk pembaziran perlu dihentikan untuk menjaga hati golongan yang tertekan.

Saya menegaskan urusan perbelanjaan adalah milik peribadi individu itu sendiri. Beruntunglah dilahirkan kaya. Mereka tidak bersetuju dengan pendapat saya tapi yang sangat menghairankan mereka sendiri berbelanja seperti lupa dunia. Cakap memang senang tapi bila tiba aplikasi ramai yang kandas juga.

Pada saya tiada sebab untuk bising tidak tentu hala.. tidak akan ada perubahan apa. Apa yang patut kita fikirkan ialah menjimatkan perbelanjaan  dan membuang apa yang tidak perlu selain memikirkan cara untuk menambahnya.





Tuesday, April 14, 2015

Rezeki Kegembiraan

Beberapa hari ni... saya rasa spt sangat murah rezeki. Alhamdulillah... Ianya bukanlah satu perkara yang sangat besar , mahal atau apa...  tapi ingatan yang membuat saya terharu sebenarnya..

Cerita 1

Saya sangat sibuk pada hari tersebut. Begitu banyak kerja yang perlu disiapkan dengan cepat. Setiba waktu tenghari tiada siapa antara kawan-kawan yang saya dapat hubungi untuk kirim membeli. jadi tengahari tu..lunch saya cuma air suam. Sehinggalah petang, sewaktu hampir semua kereta sudah tiada di pakir, saya dapati ada bungkusan terselit di wiper kereta.  Saya fikir ada orang tertinggal barang. Saya ambil dan lihat ke dalamnya. Isinya sahaja sudah buat saya tersenyum-senyum.. memang tidak salah, bungkusan itu untuk saya. Walaupun bungkusan itu hanya ada frozen tempe goreng berempah, saya sudah cukup gembira. Sampai rumah saya telefon tanya kawan baik saya bagaimana dia tahu kegemaran saya.. Dia cakap saya berasal dari Johor dan orang jawa.. mana mungkin saya tidak makan tempe... Hahaha.. jawapan yang tepat. Sama tepatnya pada ketika dia membelikan asam pedas, laksam dan abc untuk saya. Kadang dia belikan satu untuk saya dan satu untuk dia. Kalau teringat regim diet..maka kami akan beli satu dan kongsi sama-sama.

Cerita 2

Sewaktu saya melangkah masuk ke pejabat di waktu pagi, WA saya berbunyi.. memang macam-macam. Penuh semua dengan group kerja tetapi dalam banyak -banyak itu, ada satu yang menarik perhatian saya. Dia bertanya adakah saya sudah berada di bilik kerana dia ingin memberikan sesuatu kepada saya. Saya katakan, saya perlu urus beberapa perkara dan perlukan tempoh 30 min untuk ke bilik saya. Sebaik sampai, saya WA dia. Dia datang dan berikan satu bungkusan kepada saya dengan kata-kata yang hampir boleh membuatkan saya menitis airmata..hahaha. Katanya, "Semalam saya menguruskan perkara X di Negeri X, saya berhenti makan dan terlihat tapai ni, saya teringatkan K.Hanie sukakannya. Saya belikan untuk K.Hanie." Dia bukan dari line saya, bukan juga yang keluar makan dan beraktiviti dengan saya.. tapi ingatannya selalu membuat saya terharu. Dan ini bukan kali pertama dia memberikan sesuatu kepada saya.
 
Cerita 3
 
Beberapa hari lepas telah berlangsung Jamboree di tempat saya bekerja. Saya bertugas di bawah keselamatan. Untuk kecederaan luarbiasa saya halakan kepada paramedic dan ambulance saja... Untuk luka yang ringkas pula saya bantu yang termampu. Ramai juga yang cedera.. luka ringan, tergeser dsb. Satu masa datang seseorang meminta saya membantu membersihkan lukanya. Sewaktu membersihkan luka tersebut, saya bertanya tentang keadaan perjalanan track dan apa pendapatnya. Setelah tamat sesi tersebut, dia tidak pergi daripada situ tetapi bertanya asal saya. Dia bercakap tentang tempat tinggal saya semasa kecil dan adik beradik saya. Saya tanyakan namanya tetapi bila disebut.. saya masih tidak dapat mengingati apa-apa. Puas saya menyorot ke dalam matanya untuk mengembalikan memori yang ada tapi semua nyata sudah hilang dari ingatan saya. Melihat saya begitu, dia menyebut nama timangannya. Mendengarnya membuatkan saya ketawa, masa kecil dulu kami memang biasa bermain bersama-sama.
 
Saya katakan padanya, saya sangat kagum kerana dia masih mengingati saya biarpun 32 tahun sudah berlalu. Saya kira ianya satu tempoh yang lama. Saya seperti tidak percaya ada kawan zaman kanak-kanak dulu yang masih mengenali saya. Kadang-kadang saya terfikir, ada masa kita berjumpa dengan orang yang sama pada setiap hari  tapi di waktu yang lain kita seperti langsung saling tidak mengenali. Bayangkan kalau selama itupun masih dapat mengenali, tentu sahaja hebat ingatannya. Jika ada umur yang panjang, saya ingin berkunjung ke rumah keluarganya dan jiran tetangga lain yang  begitu baik kepada saya sewaktu kecil dahulu untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menjaga dan berkongsi membesarkan saya.

Wednesday, April 8, 2015

Bila waktu Itu Tiba

Suasana malam sangat santai... saya telah siap mengemas rumah, memasak dan menyuapkan anak-anak makan tetapi masih memikirkan tazkirah pagi Jumaat tentang kematian. Ceritanya agak panjang.. selama 30 minit tetapi butiran utamanya jelas dan begitu bermanfaat sekali pada saya. Saya kongsikan di sini supaya saya tidak lupa.. dan kawan-kawan saya yang baik, tolonglah doakan yang baik-baik juga untuk saya bila waktu itu tiba.

Tetamu
1. Jangan menjadi penonton kepada pesakit yang tengah nazak atau si mati. Bacalah surah Yassin.
2. Berdoalah semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.
3. Berpakaianlah dengan  sepatutnya dan menutup aurat.
4. Jagalah anak-anak dari berkejaran tidak tentu hala dan bertanya soalan yang tidak sepatutnya.

Tuan Rumah
1. Sambutlah tetamu yang hadir ziarah dengan senyuman.
2. Ucapkan terima kasih di atas ziarah tersebut dan mohon kesudian tetamu berdoa untuk pesakit yang sedang nazak atau yang telah pergi.
3. Hulurkan Yassin kepada tetamu yang hadir.
4. Ajar pesakit mengucap.
5. Simpanlah sekotak Surah Yassin untuk kegunaan yang tidak terduga.

Bercakap tentang usia.. begitu cepat masa berlalu. Begitu banyak kegilaan dunia.. akhirnya hanya ada 3 bekalan saja yang dapat kita bawa. Bersama catatan ini, saya ingin memohon maaf bagi setiap kesalahan dan doakan yang baik-baik untuk saya. Kita tidak berhutang apa-apa. Terima Kasih.

Monday, February 2, 2015

Xleh Masuk Windows

Dlm sebln ni sy terima beberapa mesej berkaitan laptop boleh ON tp x boleh masuk WINDOWS. Sebenarnya ada byk cara nak repair tp yg paling digemari kerana mudah adalah format balik. Kesudahannya semua data hilang jika tiada backup. Harga format dan pemasangan perisian baru dlm RM100. Haaa... kan sesj je bg kat org. Senyum tuan punya kedai komputer. Padahal nak buatnya pun bkn susah mana. Yang susah tu sebab xnak belajar je.. Haha..
 
Sy selalu mengingatkan pelajar utk membahagikan hardisk menjd 2 partition supaya sekiranya C drive problem x boleh nak on windows disebabkan virus dan perlu diformatkan, maka data di dalam D drive xkan hilang. Begitulah juga sebaliknya. Selain daripada format, kaedah lain yg dpt menyelamatkan data ialah dgn cara scandisk menggunakan antivirus luar yg dimasukkan dalam external hardisk ataupun tumbdrive. Bagaimanapun.. kaedah ini kadang ok..kadang x..
 
Cara yg ke3 ialah menggunakan PC lain googlekan simptom yg dilihat pada laptop yg bermasalah tersebut. Baca setiap forum dgn sabar dan download software yg dicadangkan dgn berhati-hati. Ikut arahan yg diberikan. Kaedah ini bagus utk org yg sudah mahir menggunakan komputer. Bagaimanapun sekiranya arahan memadam perlu dilakukan di dlm registry edit, lupakan jika tdk pandai membaca coding kerana jika tersalah padam, OS akan rosak dan hardisk perlu diformatkan juga.
 
Cara yg ke4.. masukkan cd Installation, pilih Repair OS. PC/Laptop akan on/off berulangkali sehingga masalah repair and recovery tersebut selesai. Tugas tn/pn hanya tunggu dgn sabar. Sekiranya masalah tersebut masih tdk dpt diselesaikan.. Hurmmm..harap maklum hantar ke kedai!!!
 
Rasanya..inilah posting pertama sy berkaitan komputer yg agak teknikal. Jika mahukan penerangan lebih lanjut, bolehlah terus bertanya sy di sini. Sy akan cuba menjawab dgn semudah mungkin. Jumpa lg..
 
 

Sunday, February 1, 2015

Rama2 Dlm Perut (O.o)

Ok.. Ini ada sedikit waktu rehat tgh yg bersisa.Sy tdk lunch dan baru selesai berckp dgn sekumpulan peserta kursus jahitan. Mcm-mcm sy buat di samping tugas hakiki mengajar pelajar sepenuh masa. Lamanya tdk menulis.. Rindu... ;)
 
Bermula daripada konvokesyen bln 10/2014 lg, kalender sy telah penuh hingga hujung thn dgn aktiviti pelajar, penambahbaikan dokumen MQA utk kursus sepenuh masa dan mcm2 lg. Sgt pening.. ada kwn yg begitu teringin sy nak jumpa..tp x sempat.. mungkin lain kali.
 
Tahun ini pula dimulakan dengan permohonan MQA utk kursus baru, sy lg spt x ketahuan... cari info itu ini, punggah sana sini nak bagi siap - pening lg. Setiap khamis pula sy jlnkan kursus jahitan utk komuniti setempat. Lega sikit, dpt sy bernafas melihat hidup dr persepsi nikmat yg berbeza. Untuk kelas sepenuh masa pula, biasanya sy mengajar komputer tp semester ni sy mengkhususkan laptop sahaja. Selain mengajar, kadang sy mengiring pelajar ke majlis2 tertentu, menggantikan pengarah bg mesyuarat2 tertentu dan membuat penilaian terhadap projek inovasi pelajar yg tiada dlm silibus. Di kesempatan yg lain, sy mengajar pelajar sekolah menengah berkaitan pemasangan komputer dan kaedah membaikpulih. Kelihatannya spt huru-hara..betul dan sy x menafikannya tp sy sgt gembira mengajar. Harap sy akan dikekalkan di sini bila keputusan kenaikan pangkat keluar nanti. Doakan yg baik-baik utk sy... terima kasih krn walaupun kita tdk berckp tp awak masih mahu membaca tulisan sy. Hei.. I always got butterflies in my stomach :)

Tuesday, October 7, 2014

Ingat-Ingatan

Lama tidak menulis. Sangat sibuk seperti tidak ketahuan. Lepas siap satu..berbaris panjang lagi kerja yang datang menunggu. Ada masa saya tidak dapat berfikir yang mana harus disiapkan dahulu..semua penting. Seorang rakan baik menghadiahkan saya 4 buah buku komputer sejak bulan 9 tetapi sehingga kini melihatnyapun tiada masa.. frustttnya saya...

CERITA 1
Semalam saya ke sebuah pasaraya berdekatan rumah. Sedang sibuk memilih buah-buahan..datang seorang bekas pelajar yang bekerja sementara di situ. Berdiri di hadapan saya bertanya khabar. Saya fikir cepat betul masa berlalu..melihat mereka membesar dan berfikir dengan matang membuat saya gembira. Bila saya mengambil nombor telefon, saya terus menaip namanya dan dia berkata, "Puan ingat nama saya?". Saya senyum dan berkata, "Saya memang mengingati hampir setiap nama penuh pelajar saya". Sebenarnya saya mengingati sesuatu perkara dengan memandang. Saya melihat nama dan menanda kehadiran mereka hampir setiap hari. Jadi bagaimana boleh saya lupa...

CERITA 2
Beberapa minggu sebelum itu pula, saya terserempak dengan beberapa orang bekas pelajar yang telah tamat atau telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Macam-macam aduan saya terima... saya ketawa sambil berkata belajar memang macam tu.. kena banyak bersabar, rajin berusaha.. kemudian barulah boleh bertawakal. Nasihat saya.. untuk mendapatkan gred terbaik, persediaan awal mesti dibuat di mana pelajar mesti ke perpustakaan dan menyelesaikan soalan dari semester-semester yang lepas. Rileks la... study smart k.. not hard.. haha. Dulu masa zaman belajar.. saya bangun jam 5 pg mandi, bersiap dan terus menghafal teori hingga subuh. Selepas subuh.. sambung belajar perkara yang akan diajar pada hari tersebut... jadi saya faham waktu belajar. Petang pula, kalau kuliah habis awal.. saya akan ke library menelaah soalan-soalan semester yang lepas-lepas sambil mencuci mata melihat buku-buku semasa... ;) Saya fikir inilah kaedah terpantas untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

CERITA 3
Saya kerap juga terserempak dengan seorang bekas pelajar tahun 2005... kerap juga dia menegur saya yang suka bershopping barang dapur ni..hehe. Pada perjumpaan yang lepas.. baru beberapa hari ni dia bercerita tentang kehidupannya sewaktu belajar. Banyak jugak kisahnya yang tidak saya ketahui sementelah dia bukan belajar bersama saya. Saya katakan padanya, syukur dia tidak berkahwin dengan bekas boyfriend yang panas baran. Belum nikah dah puas kena penampar.. kalu sah jadi apa.. Macam-macam.

CERITA 4
Konvo baru berlalu 2 minggu lepas.. disebabkan sy terlibat dengan sambutan
protokol, maka tidak sempat bertemu dengan pelajar kesemuanya tetapi perkara yang paling mengharukan saya ialah bilamana sentiasa ada pelajar yang bertanya khabar dan menyatakan rindunya pada saya. Hehe.. saya memang garang bukan kategori yang baik-baik tetapi bila mereka merindui saya... Saya percaya mereka telah mempelajari sesuatu daripada ketegasan saya. Doa saya semoga mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat juga. Apapun.. saya akan memandang dengan penuh gembira. Rindu mereka membuat saya tersenyum-senyum dan dunia seakan penuh berbunga. Terima kasih kerana hadir dan menggembirakan hati saya.

Monday, May 5, 2014

Sy Nak Jd Mcm Pn.

pelajar : pn. sy nak jd mcm pn...
aku : jd mcm sy tu macammana? (part ni mmg aku konfius.. maklumlah seharian berckp ttg komputer dlm kelas sampai otak aku x boleh lg nak proses maklumat lain... ahahahaaaa :p)
pelajar : mcm pn. la...
aku : ooo.. ok.. sy mmg major komputer minor elektrik tp sy cuma belajar repair komputer 2 minggu sj lepas degree..lain tu dapat masa praktikal dan kursus2 berterusan sepanjang bekerja - tiada jln singkat utk terus mahir.. kena byk membaca dan belajar sendiri juga - buku, youtube n forum. 

Pelajar sekarang sebenarnya sangat beruntung kerana diajar satu persatu penggunaan komputer dan kaedah membaikinya - begitu fokus dan sgt spesifik berbanding awal tahun 90an dahulu. Ketika tugasan diberikan, yang ada hanya format bagaimana membuatnya tetapi bagaimana hendak menggunakan Ms Word itu sendiri tidak diajar berbanding sekarang tetapi yang pelik kadang-kadang pada saya ialah walau sudah diajar berkali-kalipun masih tidak dapat menguasainya dengan baik- mungkin hidup terlalu selesa membuat mereka lupa.

Pesanan : Belajar betul-betul kerana hanya pendidikan yang mampu mengubah hidup kita. Ilmu boleh saja diperolehi dengan pelbagai cara. Latihan Industri adalah satu contoh terbaik yang dapat membantu meningkatkan ilmu dan bekerja pada persekitaran sebenar. Oleh yang demikian, pencarian tempat praktikal adalah sangat penting kerana pelajar perlu memastikan mereka sepatutnya mendapatkan sebanyak mungkin kemahiran dari tempat tersebut. Bagaimanapun tempat yang bagus saja tidak memadai seandainya pelajar sendiri malas belajar dan berat tulang untuk membantu serta tidak mahu bertanya. ;)



Friday, March 14, 2014

Inovasi, Penyelidikan, Pembentangan

Aduhhh!!! Memang huru-hara... beberapa minggu sudah baru jalankan kursus pertama dengan komuniti - bengkel pembuatan telekung, minggu ni kursus cadar single bergetah dan minggu depan 2 hari kursus pemasangan perkakasan dan pemasangan perisian komputer. Dalam masa yang sama kena pastikan semua powerpoint utk pembentangan myPSH siap bersama manual pengguna dan dokumen inovasi. Paling penting system running properly masa diuji nanti. Kena taruk masa presentation tu biasa. Paling utama, ianya berguna memudahkan kerja sesiapa. Nasib sy punya team yang bagus dan boleh diharap... hehe. Walau x ketahuan macammana.. minggu ni berjaya juga menyiapkan inovasi bling-bling anjuran kolej. Sedikit- sebanyak lega juga. Lebih lega.. semua senarai semak Fail Rancangan Mengajar telah siap.. bersama nota satu semester.. tinggal cetak soalan-soalan PB sahaja... Alhamdulillah.. :)

Tuesday, February 25, 2014

Puas Hati

Sudah begitu lama meninggalkan ruangan ni rasanya.. tetiba rindu sangat nak menulis... kebelakangan ni mmg sibuk sementelah kemasukan pelajar setiap 4 bulan sekali... rasa x begitu terurus sy ini. ..Bukan itu sahaja, sy kena menyiapkan kertas-kertas penyelidikan , kajian dan inovasi.. mmg serabut hidup.
Thn lepas sy telah menyiapkan satu aplikasi bg kegunaan jabatan utk merekodkan data dan membuat pemantauan perlaksanaan kursus. Sy siapkan dalam tempoh 3 minggu pelajar cuti semester. Sesiapa yang pernah menyiapkan aplikasi komputer mmg tahulah bagaimana kegilaannya...dgn x lena tidurnya.. x lalu makannya.. semua x sempat.. masa pula bergerak terlalu cepat.. pagi ke mlm... .mlm ke pagi.. x sedar.. hahahaaa. Siap saja aplikasi tersebut, sy minta jabatan gunakan sebagai pilot test utk tempoh hampir setahun.. dan hujung bulan ni sy akan bentang dalam dalam satu majlis di IPTA sebelah utara. Apapun... biar org mengatakan sistem tersebut biasa-biasa sahaja.. tp bagi sy ianya satu pencapaian krn bidang saya adalah computer hardware tetapi akhirnya sy berjaya menyiapkan computer software bersama dengan execute failnya skali. Bukankah hidup ini utk sentiasa bergerak dan menimba pengalaman baru. Pada satu saat, ianya mmg sgt sukar tp tetap akan berakhir juga pada satu masa.

Alhamdulillah.. sy sgt gembira. Next in line, sy bercadang utk menyiapkan sistem untuk koperasi pula.. Hopefully, sistem-sistem yang akan sy bangunkan kemudian ini juga akan membantu memudahkan kerja sy dan orang lain. Hidup inipun bukan untuk apakan.. selain utk pulang kepadaNya. Alhamdulillah.

Thursday, July 18, 2013

Mata Bayangan Hati

Perkara pertama yang akan saya lihat bila memandang seseorang ialah mata. Tidak pasti kenapa begitu tetapi saya suka. Saya percaya bahawa matalah bayangan kepada hati. Dengan cara inilah saya mendekati pelajar dan menyelami hati mereka. Mungkin ini adalah salah satu anugerah Allah kepada saya.  Sesetengahnya bercakap benar dan setengah yang lain hanya berpura-pura. Nampak macam baik tetapi sebaliknya.

Sebenarnya saya banyak belajar dengan melihat dan kerana itu saya sentiasa dapat mengingati kawan-kawan saya biarpun jarak masa begitu lama memisahkan. Selepas kematian seorang pelajar saya beberapa minggu lepas.. saya sering terfikir akan kematian. Betapalah hidup ini terlalu singkat sedangkan bekalan yang hendak dibawa sangatlah jauh daripada mencukupi. Selepas beberapa siri kemalangan yang terjadi kepada saya, saya telah melihat hidup ini dengan cara yang begitu berbeza.

Pada suatu masa dahulu, saya lebih menjaga diri saya sahaja dan tidak langsung kisah keadaan sekeliling.. sedangkan kini saya begitu merasa teringin untuk berjumpa kawan-kawan yang sama membesar dengan saya, kawan-kawan yang telah bersama menangis dan bergelak ketawa bersama saya di suatu masa dahulu kerana hidup ini tidak pasti. Mungkin jika saya dapat berjumpa mereka, itulah yang terakhir kali kami saling berpandangan, bertukar senyuman dan bergelak ketawa.

Thursday, April 25, 2013

Busy la...

Hari ni separuh hari mengagihkan gambar kursus pendek yang telah dijalankan daripada handphone ke album facebook.. itupun setelah handphone separuh gila hang... aduhh!!! peningnya kepala.. sampai nak tengok gambar anak-anakpun terpaksa tunggu lama. Lepas memindah gambar..buat pula keja men'delete'. Hmm.. barulah telefon saya boleh bernyawa.. hahaaa

3 hari yang lepas saya menghadiri kursus asas pengurusan kewangan. Kursus yang bagus untuk kakitangan kerajaan seperti saya menambah pengetahuan. Lebih bagus jika dihadiri oleh mereka yang menyimpan impian untuk menjadi pengarah suatu hari nanti. Saya cuma berharap untuk menjadi pensyarah sepenuh masa di dalam bidang saya tetapi dalam masa yang sama mahir dan faham sistem pengurusan organisasi.

Sebenarnya banyak perkara yang perlu saya habiskan dalam tempoh 3 tahun ini. Hampir semua kriteria kecemerlangan telah dipenuhi cuma dokumentasi sahaja belum lengkap. Saya berdoa supaya Allah mempermudahkan semua urusan saya dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyempurnakannya. Haaa... itulah ke'busy'an saya yang tidak terkata.

Kepada kawan-kawan yang suka membaca tulisan saya.. saya masih lagi suka menulis. Menulis itu tetap jiwa saya cuma bila saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk penulisan yang baik, saya merasakan adalah lebih baik untuk tidak menulis apa-apa. Nanti pada suatu masa yang lapang.. saya akan menulis lagi.. menulis dengan sepenuh jiwa saya. Jumpa lagi dan jaga diri baik-baik ye..

Sunday, November 11, 2012

Pilihan Pertama

Lama rasanya sudah tidak menulis... telah berselang bulan mungkin. Sebenarnya banyak perkara yang sukar kebelakangan ini ~ saya agak sibuk menelaah buku berkaitan subjek baru yang diajar iaitu open source server. Sebenarnya sudah begitu lama saya bersama Windows dan tiba-tiba dikehendaki mengajar Linux. Maka bermulalah episod mimpi ngeri hidup saya... Hahahaaa...
 
Bagaimanapun tanggungjawab mengajar itu hanya sebahagian saja daripada tugas seorang pensyarah. Antara lainnya ialah menjaga disiplin kelas termasuklah kehadiran, semakan kehadiran, merangka soalan bersama skema jawapan, menyediakan rancangan mengajar semester lengkap dengan tarikh penilaian pelajar yang terdiri daripada tugasan, amali, persembahan, kuiz dan perancangan kerja untuk dilaksanakan oleh pelajar. Selain daripada itu.. ada masanya perlu mengemaskini maklumat pelajar dan membawa pelajar keluar sebagai pensyarah pengiring. 
 
Kepada yang pernah bertanya dan berminat untuk menjadi pensyarah, saya fikir mungkin saja patut difikir sedalamnya kerana jika pilihan tersebut pilihan pertama atas dasar minat untuk mengajar dan cinta kepada ilmu ~ Alhamdullillah... teruskanlah impian murni tersebut tetapi jika sebaliknya carilah pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan jiwa.
 
Semua pekerjaan adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga, tetapi menjadi pensyarah yang tidak mempunyai minat mengajar dan cinta kepada ilmu mengundang risiko yang sangat menyakitkan terutamanya kepada pelajar dan rakan sekerja. Menjadi seorang pensyarah bermakna tugas utama yang perlu dilakukan adalah mengajar sementara tugas-tugas sampingan yang lain jatuh kepada tangga yang berikutnya. Hidup mati seorang pensyarah itu memang sentiasa belajar menuntut ilmu dan mengajar dengan hati yang ikhlas. Jadi fikirkan kembali sedalam-dalamnya kerana hasil yang didapati itu bukan sahaja akan membentukkan seorang manusia tetapi menjadi darah daging kepada diri sendiri juga... ;))

Sunday, September 2, 2012

Indah Bukan Rupa



Ketika membaca posting FB baru-baru ini... ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Antaranya ialah putus cinta selain daripada perbalahan sesama bangsa untuk menentukan parti manakah yang akan lebih jujur, telus dan amanah apabila memerintah. Tiada yang menarikpun.. kalau sekadar menang sorak kampung pula tergadai... kalah jadi abu.. menangpun hanya jadi arang! Kesusahan akan diwarisi dari generasi ke genarasi akan datang!!!
 
Untuk pelajar yang putus cinta, ditolak kerana tidak berupa dan berharta. Saya sangat bersimpati tetapi pengalaman itu akan sentiasa mendewasakan. Sepanjang perjalanan menjadi dewasa, banyak perkara yang perlu dipelajari.. perlu sangat tabah dan cekal juga. Saya teringat kepada seorang pemuda yang bertanya adakah dia kurang kacak maka saya tidak memilihnya. Saya tersenyum dan menjawab dia tidak memenuhi kriteria saya. Sebenarnya dia memang salah seorang pemuda yang sangat kacak pernah saya jumpa.. wajahnya sangat sempurna tetapi indah bukan rupa.
 
Begitulah analogi bila suatu penolakan berlaku. Penolakan bukan disebabkan kekurangan tetapi ciri-ciri tertentu tidak dapat dipenuhi. Akan tiba suatu masa bila semua perkara akan indah bila tiba waktu yang ditentukanNya. Bersabarlah di dalam berusaha dan selalulah berdoa. Dia akan sentiasa ada untuk kita...
 
Perkara yang sama juga terjadi jika terjumpa kawan-kawan lama waktu belajar dahulu. Kalau tidak isu gemuk.. mesti isu tiada rambut, beruban atau buncit pula. Nampaknya seperti kelakar tetapi bagi saya tiada apa. Seseorang kawan bercakap kepada saya.. dia sudah gemuk. Saya bertanya kembali adakah gemuk itu penting. Bagi saya semua itu tidak penting kerana kita memang sedang meniti usia. Paling penting kita menjaga kesihatan supaya sihat sehingga  ke akhir usia.

Friday, August 31, 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Alhamdulillah... sehingga hari ini saya masih lagi diberi peluang untuk menghirup segarnya udara di bumi dan menikmati indahnya alam ini. Sudah sekian lama rasanya ingin sekali berkongsi sesuatu di sini tetapi seringkali kesuntukan masa dan jadual hidup yang sangat ketat menjadi penghalang utama.

Sejak kurikulum berubah.. saya perlu menyediakan diri untuk 'berlari' bersamanya. Hidup tidak lagi selesa seperti dulu kerana saya perlu belajar semua benda baru. Masa demi masa.. saya membuka buku satu persatu... bertimbun-timbun nota yang terpaksa saya fahami... Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan supaya ilmu saya akan seiring dengan perkembangannya. Berbulan juga saya 'bertapa' bersama-samanya. Dan kini saya sedikit sebanyak sudah boleh menarik nafas lega... tinggal sedikit lagi untuk saya habiskan.

Semalam adalah seperti hari yang paling gembira dalam hidup saya bila berjumpa dengan buku rujukan yang selama ini saya cari. Seperti hilang semua serabut yang ada. Saya percaya kepada doa cuma cepat dan lambat makbulnya sahaja yang berbeza ~ tiada duka yang abadi.. hanya dengan redha dan bersabar.. semuanya akan indah bila tiba waktunya. Alhamdulillah sekali lagi. Terima kasih untuk semua yang telah membantu saya. Sesungguhnya ketenangan itu tidak pernah dapat dibeli.... terima kasih setulus hati...

Saturday, July 14, 2012

Jangan Bersedih

Semalam diadakan program keusahawan kolej. Banyak gerai jualan dengan pelbagai menu dipersembahkan. Saya kira pengunjung yang datang juga lumayan. Saya sebenarnya tertarik dengan salah seorang pengunjung yang mundar mandir dengan troli berisi pelbagai barangan. Dengan hanya bersinglet, berseluar pendek dan berselipar.. dia berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Sebenarnya saya cuma pemerhati daripada jauh kerana saya bertugas untuk memberikan goodies bag berisi makanan di gerai pendaftaran. Sebaik tiba di gerai pendaftaran ... dia berdiri membatu. Keadaan orang sepertinya seringkali mengingatkan saya kepada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang hidup saya dan saya  trauma sampai sekarang. Saya seringkali naik bas dan duduk bersebelahan dengan orang sepertinya. Walaupun hati bagai hendak tercabut tetapi saya buat muka tidak berperasaan sahaja. Saya juga pernah ditampar sampai jatuh terduduk oleh golongan seperti mereka tanpa sebab apa-apa.

Sehari sebelum itu, saya keluar makan bersama seorang rakan dan ketika rakan saya membuat pesanan.. dia masuk ke kedai makanan tersebut dengan membawa sebatang kayu sebagai tongkat dan memandang ke arah saya. Kebetulan tidak lama rakan saya datang dan duduk di tempatnya. Melihat rakan saya datang.. diapun berlalu pergi. Saya menarik nafas lega.

Rakan-rakan saya di gerai pendaftaran mengatakan bahawa dia gila... seringkali juga dilihat meminta makanan pada sebelum-sebelumnya. Tetapi di sini bukan isu orang gila yang hendak saya nyatakan. Ramai daripada rakan saya menyatakan rasa simpati kerana keadaannya tetapi saya katakan kembali kepada mereka.. sebenarnya tidak perlu untuk melihat yang jauh dan luar dari kawasan kita tetapi lihatlah dan tanyalah kepada yang paling hampir. Mereka bertanya mengapa saya boleh bercakap seperti itu.. saya katakan bahawa beberapa hari yang lepas saya telah melihat 3 orang pelajar dengan 2 daripadanya tertidur kepenatan dalam keadaan terbaring di sofa dan seorang lagi hanya duduk mendiamkan diri. Saya bertanya mereka mengambil kursus apa dan adakah penat sangat belajar hingga boleh terbaring tidur di sofa yang sepatutnya hanya untuk diduduki. Pelajar tersebut menjawab yang mereka sedang menunggu waktu untuk masuk ke kelas pada pukul 2 petang. Saya bertanya kembali adakah mereka tidak keluar makan untuk mengalas perut tengahari dan jawapannya ialah "saya tidak mempunyai duit untuk makan puan". Jika anda berapa di tempat saya adakah anda masih lalu untuk makan bermewah-mewah dan membazir-bazir lagi???

Dan inilah jawapan bagi mereka yang sering terfikir tetapi tidak tertanya mengapa saya begitu dan begini ~ setiap dari kita adalah berbeza tetapi janganlah dilihat kepada perbezaan tersebut kerana ianya adalah jurang yang boleh memisahkan tetapi lihatlah kepada persamaan yang boleh merapatkan suatu jarak perhubungan... jangan suka mencari kesalahan tetapi cubalah memperbetulkan kekurangan dengan diplomasi yang berpadanan.

Saya telah melalui pengalaman seperti ini begitu lama... saya tidak pernah lupa pada ketika ada antaranya yang menangis dan meraung di hadapan saya... saya juga tidak pernah lupa pada ketika mereka (pelajar perempuan) memeluk dan menangis di bahu saya kerana diberhentikan akibat masalah disiplin. Saya telah belajar begitu lama untuk menjadi tabah dan tidak menitiskan airmata melihat kesukaran tersebut walaupun di hati saya sebak sekali. Saya cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka mengikut kemampuan saya. Selainnya saya cuma mampu berdoa supaya Allah memberikan kekuatan agar mereka tabah menghadapi waktu-waktu yang sukar. Semoga Allah menggantikan semua kehilangan atau kekurangan tersebut dengan sesuatu yang lebih baik dan bermakna... Aamiiin ~ Inilah doa saya untuk mereka yang sentiasa diingati...

Wednesday, March 21, 2012

Entah la....

Hari ini saya disapa dengan salam oleh seorang gadis di Shell semasa mengisi petrol. Saya rasa semua sudah agak maklum mereka ini datangnya dari sekolah-sekolah tahfiz yang dikatakan tidak mendapat pembiayaan kerajaan. Sebelum ini pula saya menjumpai orang-orang tua yang mengutip derma di pasar-pasar malam juga untuk sekolah-sekolah tahfiz ini. Ntah la.. melihat mereka hati saya seperti tidak sedap terutamanya kanak-kanak dan gadis-gadis yang ditinggalkan di pam-pam minyak untuk menjual kurma, buku, madu dan sebagainya.. Saya rasa ini bukan caranya untuk mengajar mereka berdikari ~ antara cara terbaik ialah menghantar mereka belajar kemahiran dan menggunakan kemahiran tersebut sebaik mungkin.. contohnya seperti ilmu frozen food ~ belajar, buat dan pasarkan di kedai atau pasaraya berhampiran. Oleh yang demikian tidak perlulah mereka dari jauh-jauh datang ke sekitar Selangor untuk sebarang penjualan. Sementelah lagi sekarang ni seperti musim penculikan di sana-sini.

Semasa saya berjalan membeli-belah di pasar malam itu juga saya sangat tertarik dengan seorang perempuan tua bertudung labuh yang duduk bersimpuh sambil menggoncang kole berisi duit syiling ~ kuat betul bunyinya. Saya kira dia tiada penglihatan. Melihat dia.. macam-macam soalan bersarang di kepala saya... serba-salah pun ada. Sepatutnya di usianya.. dia hanya perlu tinggal di rumah beribadat dan menjalani hidup dengan penuh kegembiraan. Jika situasi jadi sebegini..mungkin kita juga patut berfikir sejenak.. di manakah kesilapan dan bagaimanakah ianya boleh diperbaiki supaya cerita yang buruk ini tidak akan berulang pada kita dan generasi akan datang... fikir-fikirkanlah... "sharing is caringkan...". Saya masih lagi terpening-pening hingga sekarang...

Ini Dunia...

Rasanya dah begitu lama saya tidak menulis... rindu pula. Kebelakangan ini agak sibuk dengan penyediaan kelas-kelas kemahiran kursus pendek seperti pembuatan coklat, sulaman manik dan labuci dan yang akan datang pula ialah pizza dan pelbagai roti diikuti comforter, cadar dan sarung bantal. Habis penuh jadual saya sehingga Julai 2012. Sebutnya memang senang tapi bila datang kepada perbelanjaan dan bajet... hmm pening juga.. belum lagi gambar, analisis dan laporan yang perlu dihantar selepas menjalankan kursus... Dan sebab itu saya semacam kepeningan untuk menulis. Sebenarnya banyak sangat yang hendak saya tuliskan daripada seharian ingatan dan pengalaman tetapi bila saja membuka laptop untuk menulis.. teringat pula kerja-kerja lain yang menunggu di dalam laluan.

Selain daripada kursus-kursus pendek ini.. saya terikat juga dengan pelajar sepenuh masa yang mana saya mengajar senggaraan dan diagnosis komputer yang di dalamnya terkandung pemasangan perkakasan, perisian komputer,sistem DOS dsb. Saya sememangnya tiada masalah untuk mengajar  computer hardware kerana itu memang bidang saya. Ada beberapa lagi tugasan yang belum disiapkan untuk minggu ini iaitu menanda kertas ujian dan amali. Selainnya saya mempunyai beberapa buah buku laporan Latihan Industri Pelajar yang hanya baru sekali disemak dan memerlukan semakan berpanjangan sebelum dihantar untuk dijilid. Di dalam pengurusan pula saya terlibat sebagai JK Minggu ICT dan JK Konvokesyen Kolej Komuniti. Sebenarnya ada banyak lagi. Minggu hadapan ada rombakan tugas terbaru.... dan saya tidak tahu tugas apakah yang akan menanti saya selain daripada mengajar. Saya juga sedang menunggu dipanggil untuk kursus-kursus wajib hadir bagi memenuhi kriteria kecemerlangan untuk kenaikan pangkat dan peningkatan kemahiran. Masa berlalu begitu pantas.. , insyaAllah.. saya akan menjalani dan melalui kesemuanya dengan baik. Walauapapun ... saya sangat mencintai dunia pendidikan. Terima kasih untuk semua doa dan ingatan.

Monday, January 30, 2012

Sihat ke???


Sebelum Tahun Baru Cina lepas waktu saya pulang dari kerja dan singgah di rumah mak, mak membekalkan saya dengan sekeping  ikan terubuk asam pedas. Dihujung minggunya pula ketika saya mengunjungi ibu mertua pula, mak memasak ikan parang masak sambal. Kebetulannya kami semua memang menggemari ikan bertulang. Paling saya suka ikan terubuk .. tidak kiralah asam pedas, kukus cili api ataupun goreng dengan sisik-sisik sekali. Hm.. betapalah nikmatnya hidup dapat makan sambil bersantai-santai.
Baru-baru ni ketika cuti hujung minggu pula, saya tidur semalam di rumah emak, paginya jiran belakang rumah memberikan ubi. Saya dengan senang-senang hati membuat sambal bebek dan merebus ubi. Habis makan saya terlihat pula keledek yang seakan-akan layu... saya meminta emak  mengajar saya membuat cakar ayam. Selain dapat makan cakar ayam kegemaran pada hari itu.. saya mendapat satu ilmu yang baru. Saya memang suka belajar ilmu-ilmu yang baru.. tidak kira apa sahaja.. lebih-lebih lagi belajar memasak makanan kegemaran saya yang sebetulnya boleh dibeli di luar tetapi jarang menepati citarasa. Saya juga mengajar anak saya memasak apa yang mereka suka.. bukan untuk memudahkan kerja saya tetapi supaya mereka boleh berfikir dan bersedia mengharungi cabaran hidup masa depan. Dunia akan datang bukanlah semudah seperti yang di sangka ~ tidak  mudah jika tidak punya kemahiran apa-apa..
Beberapa minggu lepas juga , ketika saya makan tengahari bersama seorang kawan.. ketika dia menolak untuk  menghabiskan lauk kerana sudah kenyang..  saya katakan padanya sambil ketawa.. “ dulu tiada duit nak makan tp bila dah berduitpun tak boleh makan juga kerana takut berpenyakit pula… haha..” Kepada semua yang  teringin untuk mengurangkan berat badan bagi menjaga kesihatan, makanlah dengan berpada-pada.  Jangan makan sedulang tapi makanlah separuh pinggan perlahan-lahan dan banyakkan meminum air suam. Selamat Berjaya… tiada harta yg lebih berharga selain daripada nikmat kesihatan sehingga ke hujung usia… Sekurang-kurangnya kita telah berusaha.. selebihnya Allah yang punya.. ;))

Thursday, January 26, 2012

Terima Kasih



Saya baru dikunjungi seorang bekas pelajar tahun 2003!!! Lamanya masa berlalu tetapi dia masih mengingati saya dan saya betul-betul sangat gembira menerima kedatangannya. Kebetulan saya sedang berurusan untuk satu perkara bila seorang rakan pensyarah yang lain memanggil saya untuk bertemu dia. Lebih mendebarkan bila rakan saya berkata ada seseorang ingin berjumpa saya.

Sebaik saya melihat dia.. memang kegembiraan itu tidak terkata. Bersama kunjungannya dia membawa sedikit cenderahati untuk saya.. anak yang baik dan begitu berbudi bahasa. Kebetulan saya juga mempunyai simpanan coklat dan biskut dalam paket-paket kecil, jadi hanya itulah saja yang dapat saya berikan kepadanya. Semasa saya belajar dahulu, ada pensyarah yang memang menyediakan gula-gula di meja mereka. Kini saya faham kenapa mereka berbuat begitu... lebih-lebih lagi apabila saya menjaga urusan pelajar dahulu.

Setiap semester, saya menerima pelajar baru. Pelajar-pelajar ini datang dan pergi. Ada sebahagian yang hilang terus tetapi ada sebahagian yang kembali mengunjungi. Pada suatu masa ketika saya menjadi Urusetia Konvokesyen, seorang bekas pelajar dengan gembiranya telah membantu saya... dia sangat gembira berjumpa saya. Kami menyelesaikan kerja bersama-sama dan bersembang tentang masa depannya.  Ada juga yang datang membawa KFC untuk makan bersama-sama saya, ada yang datang ke rumah melawat saya, ada yang membantu saya di pasaraya dan ada yang menyapa saya dengan begitu ramahnya bila terjumpa di mana-mana. Terkadang saya tidak dapat mengenali lagi bukan kerana saya lupa tetapi kerana perubahan fizikalnya begitu ketara. Bila saya bercakap dengan sesiapa, kebiasaannya saya akan boleh mengimbas walaupun sekecil warna anak mata.

Anak-anak yang baik.. terima kasih semua. Alangkah bagus jika satu hari yang ceria kita dapat kembali berkumpul bersama. Terima kasih untuk yang selalu bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan saya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjadi sebahagian daripada kisah hidup yang menggembirakan saya...

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru Ke???

Hari ni 1 Januari 2012. Hmm.. tahun baru lagi.. Rasa seperti baru semalam tahun baru 2011. Sekejap saja masa itu berlalu.. sedar tak sedar dah semakin dekat kita ke penghujung usia. Sempena tahun baru ini bermacam jenis ucapan melimpah di FB tetapi saya tertarik dengan satu ucapan yang ditulis oleh salah seorang bekas pelajar saya.. rasa terharu .. begitu terkesima sebenarnya membaca ucapan yang mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa tetapi dia akan menghadiahkan ibunya seorang anak yang soleh iaitu dirinya.

Saya kira semua orang mempunyai hasrat sebegitu cuma hidayah itu milik Allah tetapi jarang berjumpa anak yang begitu sekali hasratnya untuk ibubapa. Selalu yang saya baca dari posting yang ada ialah anak-anak yang ingkar arahan dan memaki ibubapa sesuka hati di dalam FB. Entah apa yang ada dalam pemikiran mereka ini.. Sepatutnya mereka sedar, tanpa ibubapa mereka bukan sahaja bukan sesiapa tetapi mungkin tidak akan wujud di dunia ini.

Anak lelaki lebih besar tangungannya kerana sehingga ke akhir hayat, ibubapa adalah tanggungjawab mereka tetapi ini tidak bermakna anak perempuan boleh meninggalkan ibubapa begitu sahaja tanpa berita sesudah mereka berkahwin. Memanglah dikatakan bahawa tempat seorang isteri di sisi suami tapi sebagai anak walau macammanapun keadaannya mesti juga bertanya khabar dan mengirim belanja bagi membantu kedua ibubapa yang telah tua yang sewaktu mudanya telah begitu bersusah-payah menjaga dan memenuhi semua kehendak dan keperluan mereka sehingga dewasa.

Betul.. takdir kita semua tidak sama tapi ingatan yang sedikit seperti kunjungan akan selalu menceriakan hidup keduanya. Selepas membaca ini.. balik pandanglah keduanya dan fikirlah.. berapa lama lagikah kita dapat menatap mata mereka. Bukankah usia yang meningkat memendekkan jangka hayat yang ada??? Jadi berbaktilah kepada mereka sementara kita dan mereka masih bernyawa.

Wednesday, December 21, 2011

Tersentuh Hati


Hari ni sepanjang hari saya praktis menjahit comforter dengan teknik yang lain daripada yang telah di ajar penceramah pada 2 minggu sudah ~ untuk melihat perbezaan hasilnya. Dalam masa yang sama saya membiarkan komputer saya terbuka dengan yahoo messenger online. Sebaik habis menjahit saya mendapati ada pesanan daripada bekas seorang pelajar tahun 2005 jika tidak silap saya. Saya membalas pesanan tersebut dan dia membalas balik. Banyak yang kami perkatakan tentang kerja dan visi masa depannya. Selaras dengan visi masa depannya saya cuma mampu memberikan sedikit nasihat dan panduan. Yang paling menyentuh hati saya bila dia berkata ingatan saya seperti yang diperkatakan ibunya. Saya katakan padanya saya memang menganggap pelajar saya seperti anak sendiri. Jika mereka berjaya saya tumpang gembira sedang jika mereka gagal kesedihan juga milik saya. Di akhir bicara dia berpesan supaya saya menjaga diri dan kesihatan. Hmm.. dia memang seorang pelajar dan anak yang baik sejak dari mula saya mengenalinya... menghormati orang yang lebih tua dan begitu berbudi bahasa. Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi kehidupannya.. Amin.

Pada saya, hati seorang pendidik hanya inginkan yang terbaik untuk pelajarnya. Jika satu hari nanti mereka berjaya dan mempunyai nama.. kami tidak pernah berasa apa-apapun untuk itu tetapi sedikit ingatan dan ucapan terima kasih sudah cukup melegakan lelah perasaan yang tersimpan sekian lama dan ianya memang begitu menyentuh hati. Terima kasih untuk semua yang selalu bertanya khabar saya.. ;))

Wednesday, December 14, 2011

Sayang


Kerapkali saya mendengarkan perkataan ini dituturkan dengan begitu mudah melalui panggilan pengganti nama kebiasaannya. Saya terpanggil untuk menulis sesuatu tentangnya kerana terdengar entah yang ke berapa kali sejak kebelakangan ini. Hmm.. bukan kebelakangan ini saja tetapi sejak beberapa tahun lepas. Entah kenapa saya selalu merasa tidak selesa untuk panggilan tersebut walaupun bukan untuk saya. Bagi sesetengah orang perkataan itu cuma sebutan manis di mulut sahaja tetapi bagi saya semangatnya mempunyai nilai tersendiri jadi tidak sepatutnya dipertuturkan sesuka hati. Sepatutnya panggilan itu ditujukan untuk orang yang betul-betul kita sayang bukan sesiapa sahaja yang berdiri di sisi. Mungkin saya agak kolot dan ketinggalan tetapi banyak isu yang mungkin akan terjadi daripada sebutan sambil lewa yang tidak disedari. Fikir-fikirkanlah sendiri..

Tuesday, December 13, 2011

Kenapa??? (Part 2)

Minggu lepas saya menghabiskan sehari menyambung kembali kursus lukisan kaca di Pusat Serenti. Hari tersebut saya menunjukkan teknik leaded mirror. Ramai yang berseni tetapi ada yang keras juga tangannya. Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah tulisan berbunyi "I Miss You My Wife".. Saya kira itu luahan perasaan sebenarnya. Saya difahamkan mereka akan berada di situ selama 6 bulan.. satu tempoh yang agak lama juga bagi mereka yang telah berkeluarga. Hmm.. yang saya tak faham kenapa mereka mesti terlibat menjadi penagih jika itulah perasaannya... Doa saya semoga bila keluar nanti mereka akan menjadi manusia yang berguna.. Amin.

Tuesday, December 6, 2011

Epal Yang Manis


Sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja, saya melalui kawasan kampung yang kiri kanannya pokok-pokok buah-buahan. Sekarang musim buah-buahan. Banyak durian yang sedang menanti untuk gugur, cempedak yang melayut-layut di dahan dan rambutan yang sedang merah menyala dan tidak kurang jenis gading yang kekuningan. Dan serentak dengan musim buah-buahan, penyakit batuk juga bermaharajalela tapi... durian oh durian.. saya tetap suka...hahahahaaa..

Teringat dulu sewaktu saya mengajar di Shah Alam, selalu juga saya ke hypermarket waktu rehat tengahari membeli buah-buahan. Rasa hidup seperti tidak lengkap jika tiada buah-buahan di dalam peti ais. Kebiasaannya saya membeli epal ~ an apple a day keeps the doctor away.. Mungkin ayat tu kini dan selamanya tinggal falsafahnya saja... mungkin kerana racun serangga telah merampas semua kebaikan yang ada. Kerana kekerapan membeli, saya telah terjumpa formula epal yang manis. Hmm.. epal merah yang manis mestilah berbau manis... Epal hijau tetap berbau masam! Haha.. cubalah cium baunya ketika memilih untuk membeli... ;))

Saturday, November 26, 2011

Manusiakah Dia???

Hari ini saya mendengar satu berita yang membuatkan saya merasa sangat seriau dan dalam masa yang sama seperti hendak menyumpah, mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk orang tetapi segera saya teringat pesanan seorang teman rapat yang mengatakan doa hanya untuk perkara yang baik-baik sahaja... Ya.. saya akur dengan pesanan ayah juga supaya mendoakan orang yang tidak tentu arah berubah menjadi yang lebih baik pada setiap hari... Hm.. saya bukannya baik sangat lebih-lebih lagi bila hati terasa sangat sakit... geramnya saya...

Bila saya ke rumah emak petang tadi mengambil anak untuk dibawa pulang, mak memberitahu beberapa hari lepas.. ada seorang budak lelaki berumur 9 tahun kena belasah dengan teruk di padang permainan dan kemudiannya diseret dengan motor sehingga seluarnya koyak rabak sehingga hampir telanjang. Puncanya hanya kerana sebiji bola terkena kepada seorang pemuda yang berusia di sekitar 21 tahun yang juga bapa kepada seorang anak. Saya bertanya kepada emak tiadakah yang membantu dan emak membalas balik dengan mengatakan bahawa kawan-kawan sepermainan yang ada tidak berani kerana dia paling gangster. Jadi yang lain hanya memandang sehinggalah seseorang menelefon ibu kepada budak malang yang telah lembik dan separuh mati itu. Apabila cerita tersebut disampaikan kepada ibubapa pemuda tersebut.. ini jawapannya, "Anak saya semua x baik.. anak awak baik sangat ke?". Ya Allah.. kalau sayangkan anak sekalipun, janganlah sampai membela membabi buta... siasatlah dulu kebenarannya.. Kalau sudah selalu sangat jiran tetangga complaint tentulah ada sesuatu yang tidak kena.. Fikirlah menggunakan akal bukannya lutut. Susah jika kita menjadi manusia yang langsung tidak boleh ditegur dan perasan sentiasa betul. Kubur kita memang masing-masing punya tetapi yang hendak menanam orang-orang yang itu juga.. bukannya kita boleh bangun dan tanam sendiri diri kita.. Sepatutnya mereka bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang mengambil berat tentang kelakuan tidak ketahuan anak-anak mereka bukannya memaki hamun atau menyindir pembawa berita.

Saya sebenarnya boleh bayangkan bagaimana kesakitan yang terpaksa budak itu tanggung ~ kena tampar, sepak dan terajang kemudian diheret dengan motor menggunakan sebelah tangan.. pasti tersiat kulit dari pinggang ke bawah... Betapa kejamnya hanya kerana sebiji bola yang tersalah baling. Hm.. kalau saya ibubapa budak malang tersebut.. pastinya pemuda itu akan duduk dalam lokap pada hari kejadian itu juga!!!

Semasa saya tingkatan dua, saya pernah juga melihat pergaduhan yang betul-betul berada di sebelah saya... Aduh!!! Ngerinya... berdarah-darah... Tidak pasti bicara butirnya kerana bukan di dalam bahasa saya. Akhirnya Cikgu Disiplin keluar sekolah dan meleraikan. Melihat senario pergaduhan ini membuat saya terkenangkan adik lelaki saya yang hampir bergaduh kerana seorang remaja yang cuba memikat saya walaupun ketika itu dia baru berusia 8 tahun dan saya 10 tahun. Untuk mengelakkan pergaduhan, saya menarik tangannya dan balik ke rumah. Kejadian itu berlaku berhampiran dengan sebuah kedai yang kebetulan kami ke sana untuk membeli barang. Adakah saya memandang remaja tersebut??? Jawapannya tidak kerana saya masih budak tetapi saya memang mengingati kejadian itu. Sehingga dewasa.. kalau memilih barangpun berjam-jam saya menelitinya..inikan pula yang hendak dijadikan suami... Seorang teman rapat mengatakan bahawa saya memilih tetapi saya membalas balik dengan jawapan bukan memilih tetapi memang kena pilih!!! Jadi.. remaja semua jangan pakai tangkap muat saja.. asal boleh. Kalau pilih asal boleh mana nak tahu dapat pemuda gila. Kalau kesalahan sekecil budak itupun boleh dibelasah sebegitu... bagaimana dia menjaga dan membesarkan anak sendiri agaknya??? Manusiakah dia??? Hm.. semakin hari manusia yang berakal mungkin semakin pupus. Semoga budak malang tersebut cepat sembuh.. tetapi traumanya dia tidak ingin lagi bermain di padang!!! Kesiannya...

Tuesday, November 22, 2011

Kemahiran Untuk Hidup


Sewaktu mengambil anak ketiga saya di taska, salah seorang daripada pengasuh tersebut bertanya di manakah anak kedua saya berada. Saya katakan kepadanya anak perempuan kedua itu saya tinggalkan bersama neneknya sepanjang cuti sekolah ini bagi membantu kerja-kerja di dapur seperti menumbuk sambal, menggoreng dan merebus telur atau sekurang-kurangnya tahu menggunakan dapur gas untuk memasak maggi dan memasak nasi. Mendengar apa yang saya perkatakan salah seorang daripada pengasuh berkata bahawa anaknya tidak dibenarkan masak lagi oleh bapanya kerana belum cukup besar ~ anak perempuannya itu berumur 10 tahun. Sementara seorang ibu yang hendak mengambil anaknya pula mengatakan yang dia tidak pandai memasak sehinggalah berkahwin. Saya hanya tersenyum sambil berkata saya telah memasak dan menggosok baju sekolah  menggunakan seterika arang sejak berumur 9 tahun lagi dan pada umur 13 tahun, saya telah belajar menjahit baju sendiri.

Kebetulannya saya menjahit adalah kerana saya berada di kelas Sains Rumahtangga. Beberapa kali jugalah saya menyertai pertandingan memasak antara sekolah. Bila habis SPM, emak mengajar saya membuat baju kurung pesak sendiri ~ dari memotong kain sehinggalah menjahit mesin, menyembat pada setiap tetulang baju dan menjahit tulang belut tikam 7 yang sangat halus dan tebal pada leher mengikut tradisi Johor. Selain itu, saya juga membantu emak mengambil upah menjahit langsir dan membuat ropolnya sekali ~ bukan sikit tetapi sehingga berkayu-kayu menjelang hari raya. Betapalah hidup ini telah berubah begitu juga dengan pemikiran kita... kebanyakannya melebihkan akademik tetapi saya melihat kemahiran sebagai alternatif yang lain pula. Saya memang menyukai ilmu yang baru dan berguna sejak dari dulu lagi dan hari ni merupakan hari terakhir saya berkursus selama 4 hari membuat comforter, cadar fitted dan cadar beropol di samping sarung bantal empat segi dan bantal peluk. Saya pernah memberitahu suami, kemahiran seperti inilah yang akan saya gunakan suatu hari nanti bila perlu dan mungkin ilmu seperti inilah yang akan membantu saya di sana nanti. InsyaAllah...

Bila saya memutuskan untuk anak perempuan saya yang berumur 9 tahun itu tinggal bersama neneknya dan membantu apa yang perlu sepanjang cuti sekolah ini bukanlah bermaksud untuk menyusahkan dia tetapi kerana saya pernah berjumpa pelajar lepasan SPM yang langsung tidak tahu membancuh teh O apatah lagi menggoreng telur dan memasak nasi. Saya kira ianya adalah kemahiran asas yang mesti dimiliki oleh semua kerana kita tidak pernah tahu perjalanan hidup ini bagaimana. Jika kita berduit..adakah hidup kita ini akan berduit selamanya atau sebaliknya??? Kita tak pernah dapat menduga apa yang akan terjadi bukan... sementelah lagi hidup ini penuh dengan dugaan. Sesetengah dugaan sangat ringan dan dapat dilalui dengan baik tetapi ada ketikanya pada sesetengah yang lain ianya begitu berat sehingga tidak terjangkau akal dan fikiran... sehingga kita boleh rebah di dalam perjalanan....

Tiada ibubapa yang mahu anaknya hidup susah dan untuk itu saya akan tinggalkan kepada mereka semua kemahiran yang saya ada. Semoga dengan kemahiran itu mereka bukan saja menjadi seorang hamba yang bersyukur malah menjadi insan yang berguna kepada manusia yang lain juga.. Amin

Saturday, November 12, 2011

Kenapa???

Saya menyanggupi tawaran untuk mengajar lukisan kaca di sebuah Pusat Serenti bila Ketua Jabatanmemaklumkan kepada saya sementelah saya mempunyai beberapa hari yang kosong tanpa aktivti sepanjang minggu lepas. Pelajar-pelajar sepenuh masa sedang sibuk membuat persediaan menghadapi final exam sementara pensyarah pula sibuk mengira markah penilaian berterusan pelajar ~ waktu untuk menarik nafas lega bagi pensyarah sebelum minggu peperiksaan amali dan teori yang akan bermula beberapa minggu lagi.. hehehe. Bermula hujung Disember pula, saya mula sibuk menyediakan Fail Rancangan Mengajar Diagnosis Komputer yang akan diajar pada sesi Jan 2012. Sekejapnya masa berlalu... sedar-sedar sudah di hujung tahun, sedar-sedar sudah nak memasuki semester baru dan sedar tak sedar juga sehari lagi bertambah setahun usia saya. Ohhh!!! Sudah begitu tua... Hahaha..

Berbalik kepada kelas lukisan kaca pula, saya masih berhutang sebanyak 12 jam lagi..  Apa yang menarik ialah bila pegawai penyelia memohon maaf di atas ketidakselesaan bilik kuliah yang sangat uzur tersebut. Saya katakan kepadanya.. pendidik adalah pendidik, jika pelajar bersungguh untuk belajar maka kegembiraan mengajar itu sendiri sudah dapat menghilangkan kepenatan dan kekurangan yang terpaksa dihadapi.

Ye.. walaupun pelajar saya baru 3 bulan di tahan di situ, masih memakai t-shirt bewarna merah tetapi mereka menghormati saya.. faham adab beragama dan budaya. Saya senang mengajar di sana walaupun pada awalnya agak cuak juga... Sekumpulan daripada mereka juga bertanya adakah saya boleh mengajar apa-apa kursus kemahiran sehingga t-shirt mereka bertukar warna putih semuanya. Jawapan saya.. terpulang kepada pihak pengurusan mereka untuk menguruskannya dengan Kolej Komuniti tempat saya bekerja. Untuk saya tiada masalah kerana memang tugas saya mengajar dan kerja saya bermula dari pukul 8 sampai 5.  Lebih mudah lagi, pergi dan balik saya di jemput juga.. senang macam tu, saya tidak perlu membuat tuntutan kewangan apa-apa. Semoga semuanya selamat sehingga kelas saya selesai nanti.. jika 12 jam tidak mencukupi.. saya akan tambah beberapa jam lagi sebagai bonus free di atas komitmen dan kesungguhan yang telah mereka beri..

Melihat mereka yang kebanyakkannya agak berumur.. sesetengahnya saya difahamkan telah berkeluarga dan mempunyai jawatan yang baik sebelumnya membuat saya terfikir satu perkataan yang penuh dengan tandatanya, "Kenapa???". Saya punya mata yang hanya mampu memandang sedang mulut telah terkunci bicara... Bimbang tersalah tanya keadaan menjadi buruk daripada yang sepatutnya, jadi biarlah rahsia yang menjadi misteri itu berada di dalam pengetahuanNya sahaja. Betapa berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul bebanannya...