Thursday, February 10, 2022

Suatu Masa

Minggu ni cerita zaman sekolah men. sy berlegar-legar di kepala. Puncanya drpd pertembungan takdir di lewat usia kwn² sy. Betullah... kalu sudah jodoh mmg xke mana.

Dlm masa yg sama, sy melihat posting fb lain drpd kwn sekolah yang sama sejak men. rendah. Melihat dia, mengingatkan sy kpd upacara penerimaan registered name. Sekolah sy mmg terkenal dengannya. Masa tu tahun 90 bila dia memberitahu sy dan kwn yg seorg lg tentang registered namenya. Sy tanya bagaimana nama itu diambil. Dia berkata, "Aku cangkung dan tadah muka... ". Sy dan kwn sy yg seorg lg terus terdiam. Pandang ke arah mukanya dan berkata, " Syukur ko xapa2". Registered name ini turun temurun cuma mungkin cara terimaannya telah jauh berbeza jika dibandingkan dengan dulu.
Ada satu lagi perkara yg sy sgt ingat. Pada setiap bulan ada perjumpaan ahli dorm. Ianya berlaku selepas lampu ditutup. Satu bulatan akan dibentuk. Setiap orang boleh membuat teguran kepada mana-mana ahli secara berdepan dan ahli yg ditegur boleh membela diri. Pada keesokan harinya seperti tdk berlaku apa2.
Public caning di sekolah sy jg normal. Pada setiap perhimpunan siapa yg tertangkap melompat pagar, bergaduh dsb mmg kena. Sy akan berdiri di belakang dan melihat drpd jauh shj. Melihat ketinggian rotan diangkat.. boleh agaklah sakitnya mcmmana tp xdelah kes cedera. Skarang pasti semua dah menjadi insan yg berguna.
Sekolah sy ni diapit oleh sekolah lelaki dan sekolah campur berasrama penuh. Jd isu² dating tepi pagar tupun biasa. Nampakpun buat xtau je...
Sy di waktu terluang lebih byk menghabiskan masa di bilik komputer. Zaman 90an tu kalu nak masuk windows kena guna cakera liut 3.5" dan kena taip win. Cikgu Komputer sy perempuan. Biliknya di hujung dorm sy. Jd selalu je ada mknan utk sy. Hjg minggu lepas tazkirah subuh, bolehlah berjln² di tasik dgn ahli dorm ataupun duduk di lereng bukit bawah pokok kelapa sawit melihat kenderaan bertali arus. Sj buang masa dgn mendpt gegata percuma. Haha..
Tepi bilik sy ada pokok. Di pokok tu ada lebah. Pg² lebah penuh atas lantai. Kalu bangun jam 5 pg nak gi bilik mandi dgn xde lampu mmg xnampak dia. Sudahnya bengkak² tapak kaki sy. Sengat tu gatal sgt tp seminggu baik la. Sy biar je. Kat katil zaman tu ada jg pijat. Sy biasa jatuh katil sbb nak lari dr pijat. Sedar² dah terapung di udara...
Zaman tu rasa huru hara jg, tempat baru.. org baru. Semua nak kena adapt dlm satu masa tp bila dikenang... suatu masa tu, adalah jg manisnya.

No comments:

Post a Comment